MARAN 8 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang 2025 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Paduka Baginda yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang turut berkenan mengurniakan Anugerah Pandu Puteri sebanyak enam kategori iaitu Anugerah Tangkai Padi, Pingat Jasa Lama 5 Tahun, Pingat Jasa Lama 10 Tahun, Mutiara ii, Mutiara iii dan Pingat Terima Kasih kepada semua penerima. -KESULTANAN PAHANG
