KUALA LUMPUR, 3 DISEMBER 2024- Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat mengiring Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke Istiadat Permasyhuran Canselor Dan Konvokesyen Ke-14 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di sini hari ini.
KDPM Tengku Mahkota Pahang juga merupakan Pro-Canselor bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.-KESULTANAN PAHANG