KUALA LUMPUR 5 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Ke-268 bertempat di Istana Negara di sini.

MRR Ke-268 yang berlangsung selama dua hari itu dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. – KESULTANAN PAHANG
