KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2024 -Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Ke-267 bertempat di Istana Negara di sini semalam.

Mesyuarat MRR Ke-267 yang berlangsung selama dua hari ini dipengerusikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. -KESULTANAN PAHANG
