MELAKA 13 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Jamuan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Dataran Orang Kampung Merlimau di sini semalam.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Rustam dan Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh.

Majlis anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Yang Berhormat Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meriah dengan kehadiran lebih 40,000 tetamu. – KESULTANAN PAHANG
