KUANTAN, 28 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al- Imam As-Shafie, KotaSAS, di sini.

Ketibaan Tengku Mahkota Pahang pada pukul 1.15 tengahari diiringi Yang Amat Mulia Brigedier Jeneral Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir sama ialah Sahibul Fadilah Timbalan Mufti Negeri Pahang, Dato’ Haji Badli Shah Bin Alauddin dan Kadi Daerah Kuantan, Tuan Haji Syarifuddin bin Mohamad Sa’ad. – KESULTANAN PAHANG
