RAUB, 22 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang berkenan berangkat bercemar duli menyertai Cabaran Mara Lasak 2025 di Ulu Dong, Raub pada hari ini.

Program yang disertai seramai 50 pasukan terdiri daripada agensi- agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat itu julung kali diadakan sejauh 10 kilometer dengan merentasi tiga anak sungai dan membawa bebanan seberat 5kg setiap seorang.

Pasukan Majlis Rekreasi Pahang (MRP) yang disertai oleh Pengelola Bijaya Diraja Utama KDPB Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya TUDM dan Pengelola Bijaya Diraja KDPB Sultan Pahang, Dato’ Ahmad Khirrizal Abd Rahman muncul sebagai johan bagi kategori VIP.

Cabaran Mara Lasak 2025 ini mempunyai tiga kategori iaitu kategori VIP, kategori kampung dan kategori terbuka.

Peserta daripada Majlis Kesultanan Pahang yang menyertai pasukan MRP mendapat tempat ketiga bagi kategori terbuka. – KESULTANAN PAHANG