KUANTAN, 26 Oktober 2024 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah di Dewan Kompleks Sukan (UMPSA) Kampus Gambang, hari ini.
KDPM Tengku Mahkota Pahang turut berkenan menyampaikan ijazah dan kelulusan lain serta beberapa anugerah kepada graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di UMPSA.
Seramai 5115 orang graduan disenaraikan pada Majlis Konvokesyen Ke-19 tahun ini.
Sebelum berangkat pulang, KDPM Tengku Mahkota Pahang turut berkenan melawat serta menyantuni pelajar dan pengunjung yang hadir di UMPSA. -KESULTANAN PAHANG