KUANTAN, 19 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa lemas dalam kejadian di Balok di Felda Lepar Hilir 3 di sini hari ini.
Mangsa, Muhammad Lukman Kamil Jamaluddin, 16, dilaporkan lemas ketika beriadah bersama-sama rakan sambil mencari kepah di Pantai Balok dan jenazahnya ditemukan pada pukul 2.15 petang semalam.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada jam 3.30 petang turut diiringi oleh Timbalan Menteri Ekonomi, YB Dato’ Indera, YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah merangkap Ahli Parlimen Paya Besar, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, YBrs Tuan Haji Md Zamri bin Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Pahang, YH Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Hairi bin Hussain. – KESULTANAN PAHANG








