TEMERLOH 8 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dan Mufti Pahang, Prof. Dato’ Dr. Asmadi bin Mohamed Naim.

Solat Jumaat diimamkan oleh Ahmad Hakim Bin Shamsuddin.

Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi kepada pihak pengurusan masjid dan kanak-kanak selepas menunaikan solat Jumaat. – KESULTANAN PAHANG.
