KUANTAN, 18 September 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan perasmian Persidangan Pengetua Dan Pengusaha Maahad Tahfiz, Madrasah Dan Pondok Negeri Pahang di Hotel Grand Darul Makmur di sini hari ini.
Hadir sama mengiringi Paduka Baginda ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. -KESULTANAN PAHANG