BENTONG, 23 Februari 2025 – Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al – Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir ke Majlis Penutupan Kejohanan Ragbi 10 Tertutup Negeri Pahang di Padang Awam Daerah di sini, hari ini.

Pasukan JBOK FC berjaya menewaskan 23 buah lagi pasukan dari seluruh negeri Pahang untuk muncul juara pada kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Kehadiran YAM Tengku Panglima Perang adalah sebagai wakil rasmi kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang yang merupakan Penaung Diraja bagi Persatuan Ragbi Pahang.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Ragbi Negeri Pahang, Tok Muda Dato’ Indera Tun Putera Abdul Mubin Shah bin Dato’ Munir. -KESULTANAN PAHANG
