KUALA LUMPUR, 20 Februari 2025 – Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al – Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al – Mustafa Billah Shah hadir ke Majlis Anugerah Sukan Pekak Negara 2024 di Hotel Pearl, hari ini.

Majlis yang disertai seramai 200 orang jemputan ini adalah bagi meraikan para atlet sepanjang tahun 2024.

Kehadiran Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang adalah sebagai wakil rasmi kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang yang merupakan Penaung Diraja bagi Persatuan MSDeaf Malaysia.

Turut hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu: Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDEAF), (Dr.) Ong Shin Ruenn; Penasihat MSDEAF, Lt. Jen. (B) Dato’ Sri Azzuddin Ahmad dan Dato’ Sri Jamil Salleh. -KESULTANAN PAHANG