TEMERLOH, 14 April 2026 – Seramai 103 orang dikurniakan darjah kebesaran dan pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-66 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang (Sesi Ketiga) di Dewan Tun Razak, hari ini,
Pengurniaan pingat dan darjah kebesaran itu telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut berangkat sama ialah YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan suami, YH FD Idzham FD Iskandar; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta YAM Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.
Pada majlis berkenaan, KDPM Tengku Mahkota Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri kepada Komisioner Jeneral Penjara, Jabatan Penjara Malaysia, Dato’ Sri Haji Abdul Aziz Abdul Razak; Pengarah Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Dato’ Sri Ibrahim Darus; Pengarah Urusan Kumpulan VST Group of Companies, Dato’ Sri Yeoh Yih Sean; Pengarah Urusan KCJ Engineering Sdn. Bhd, Dato’ Sri Dr. Azman Yusoff dan Pengerusi Eksekutif Oriental Holdings Berhad, Dato’ Sri Loh Kian Chong.
Sementara itu, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Dato’ Indera kepada mendiang Dato’ Indera Wang Choon Wing @ Wong Soon Joong yang diwakili balunya, Datin Indera Yap Siew Lin.
Kebawah Duli Tuanku turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia- Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato’ kepada Timbalan Pengarah (Jenayah Siber), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Shamsul Amar Ramli.
Pada istiadat berkenaan, Kebawah Duli Tuanku turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada 29 orang penerima dengan didahului Ketua Pegawai Eksekutif Concord Green Energy Sdn. Bhd, Dato’ Khairuddin Tan Sri Mohd Hussin; Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dato’ Dr. Marina Mat Baki; Mantan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’ Ir. Haji Sazali Harun; Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Johor, Timbalan Pesuruhjaya Dato’ Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim; Penasihat Pertahanan Kedutaan Besar Malaysia, Bangkok, Brigedier Jeneral Dato’ Samsul Riza Musa dan Pengarah Direktorat Sains dan Teknologi, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ramlan Abdul Malik.
Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Dato’ Ismajuri Ismail; Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Dato’ Mohd Fraziali Ismail; Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia, Dato’ Abdullah Jaafar; Peguam Syarie Negeri Pahang, Dato’ Haji Asaari @ Kamaluddin Yatim; Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Senior Asisten Komisioner Polis Dato’ Abd Ghafar Ibrahim; Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Senior Asisten Komisioner Polis Dato’ Rosman Kasman; Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Senior Asisten Komisioner Polis Dato’ Wan Mohamad Zahari Wan Busu; Ketua Lesen Pasukan Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Polis Dato’ Kama Azural Mohamad dan Mantan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Senior Asisten Komisioner Polis (Bersara) Dato’ Dr. Parusuraman Subramanian.
Turut dikurnia gelaran sama ialah Peguambela & Peguamcara, Dato’ Dr. Lye Wing Voi; Peguambela & Peguamcara, Dato’ Sivabalan A/L Karupiah; Jurutera Prinsipal (Peralatan Berputar), Petronas Chemicals MTBE Sdn. Bhd, Dato’ Ir. Ts. Mohd Azrul Nizam Dato’ Mohd Zahir; Pengarah Panama Height Sdn. Bhd, Dato’ Tan Cheow Weng; Pengarah, Penulis dan juga Kurator Seni, Dato’ Dr. Zuhir Haji Saari; Pengarah Urusan Symbiofacts Sdn. Bhd, Dato’ Wan Mohd Zahari Wan Embong; Pengarah Urusan Longbow Solutions Sdn. Bhd, Dato’ Ling Sie Chiong; Pengarah Urusan Arena Cipta Klasik Sdn Bhd, Dato’ Asfarena Samion; Presiden Persatuan Catur Negeri Pahang, Dato’ Hamidah Abdul Hamid; Pengarah Yuwang Group, Dato’ Tan Cheng Chai.
Turut tersenarai ialah Ketua Pegawai Eksekutif Aura Enigma Sdn Bhd, Dato’ Jacobson Melvin Shaun; Ketua Wanita UMNO Bahagian Labuan, Dato’ Hajah Niswati Tarji; Pengarah Plastic-Link Sdn Bhd, Dato’ Lee Shih Yi dan Pengawal Pengiring, Dato’ Alias Yahya.
Pada istiadat berkenaan, Kebawah Duli Tuanku turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Ketiga Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Senior Asisten Komisioner Polis Roslan Haji Yusof @ Mohamad dan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang, Puan Ame Abdullah.
Sementara itu sembilan orang penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Ketiga Setia Mahkota Pahang (SMP) iaitu Superintendan Polis Zaiham Mohd Kahar; Superintendan Polis Wong Kim Wai; Superintendan Polis Zulkiflee Nazir; Superintendan Polis Mohd Shahril Abd Rahman; Superintendan Polis Azri Ramli; Encik Azrul Sharill Ahmad; Encik Mohamed Shah Reza Noor Azman; Encik Huang Huat Khai dan Tuan Haji Khairul Hisham Omar.
Kebawah Duli Tuanku turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Keempat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada Leftenan Kolonel Haji Halim Shah Salleh; Leftenan Kolonel Ahmad Zakhuan Yahya; Ts. Syamsul Iskandar Shamsuddin; Puan Husnalrita Yussof; Puan Nor Diana Ismail; Puan Rosnani Ismail; Puan Norhasida Abdullah; Puan Nurul Nadia Abdul Ghani; Puan Elisa Razman dan Puan Nashirah Md Hata.
Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia -Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (AMP), seramai 33 orang penerima tersenarai iaitu Deputi Superintendan Polis Noraini Mohamad; Asisten Superintendan Polis Arifin Saidun; Asisten Superintendan Polis Suhaila Ab Rahman; Inspektor Khairul Shahril Azmam; Inspektor Tenh Swee Khee; Inspektor Faradillah Mohd Shah; Penguasa Kanan Bomba II Ida Shariza Abdul Razak; Timbalan Penguasa Bomba II Kamerul Bieza Mohamed Kassim; Puan Nurmunyati Mokhtar; Puan Haifizah Abu Bakar; Puan Earnie Juliana Baharuddin dan Encik Muhammad Helmi Derus.
Turut tersenarai ialah Mejar Bersekutu (PA) Muhammad Hafizdzul Hamidun; Puan Nazifah Mohamed Ghazali; Puan Masliana Ahmad; Puan Faezah Ishak; Puan Balqies Ainey Dato’ Haji Abdul Basik; Encik Nara Nikman; Encik Jamaluddin Md Marzuki; Encik Jeganadan Rau; Encik Subramaniam Raman; Encik Mohd Khairuddin Mohd Ali Hanafiah; Encik Saiful Anuar Mokhtar; Encik Mohd Tasyrif Sabaruddin; Encik Jayendran Jayaraman; Encik Yuvendran Arumugam dan Encik P. James (Jemes) Pichapillai.
Dikurnia pingat sama ialah Encik Ahmad Nilhakim Abdul Rahim; Encik Noorshafri Pitah; Encik Thyagaraja Krishnan; Encik Roslan Tan; Encik Muhamad Fasal Jamlus dan Encik Mohd Farid Mohd Nor.
Dalam pada itu Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dikurniakan kepada lima orang penerima iaitu Sarjan Mohd Khirul Hassan; Encik Mohd Zaidi Mohd Yasin;; Encik Mohd Samsul Mohd Yusuf; Encik Wan Mohd Izzad Wan Abdul Halim dan Encik Mohd Rizal Mohd Nor.
Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) pula dikurniakan kepada dua penerima iaitu Sub Inspektor Sarina Kasbi dan Encik Uganeswaran Cilamuthu manakala Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dikurniakan kepada Encik Magentharan Sangaran; Puan Nor Mariya Abdul Manaf; Puan Farah Isnaini Arif; Puan Ainul Farhah Abdul Razak; Puan Hamizan Mat Sukor dan Puan Latipah Haron. -KESULTANAN PAHANG







