KUANTAN 29 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Ash-Shafie, KotaSAS di sini hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Usai solat Jumaat yang diimamkan oleh Imam 1, Haji Izalluddin Mat Noor, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku berkenan menyantuni rakyat dan memberi kurnia kepada kanak-kanak. – KESULTANAN PAHANG





