CAMERON HIGHLAND 14 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Tokyo Town Cameron untuk santapan pagi di sini hari ini.
Paduka Baginda turut berkenan menyantuni penduduk tempatan dan pelancong dari dalam dan luar yang berkunjung di kawasan peranginan itu. – KESULTANAN PAHANG