KUANTAN, 6 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama di antara Citaglobal Environment Management Sdn. Bhd. dan Keppel Sustainability Solutions yang berlangsung di Hotel Hyatt Regency di sini hari ini.
Perjanjian tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pengurusan alam sekitar dan pembangunan penyelesaian mampan, sejajar dengan usaha mempertingkat kelestarian industri hijau di Malaysia.
Citaglobal Environment Management Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Thye Chee How, manakala Keppel Sustainability Solutions diwakili oleh Pengurus Besarnya, Encik Tay Parng Chuan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah rakan teknologi dalam kerjasama ini iaitu Pengarah Green Lagoon Technologies, Encik Chan Sow Keong.-KESULTANAN PAHANG







