KUANTAN, 7 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Persembahan Taklimat Pembangunan dan Hala Tuju Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di Kompleks Bandaraya Kuantan di sini hari ini.
Keberangkatan tiba Paduka Baginda disambut oleh Datuk Bandar Kuantan, YH Dato’ Zaliza binti Zulkipli bersama barisan kepimpinan MBK serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.- KESULTANAN PAHANG