ABU DHABI, 10 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian IUCN World Conservation Congress 2025 di ADNEC Centre, semalam.
Majlis perasmian gilang-gemilang ini turut diserikan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin dunia dan tokoh-tokoh penting pemuliharaan termasuk Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan; Presiden Palau, Tuan Yang Terutama Surangel S. Whipps Jr.; Princess Lalla Hasna dari Morocco dan Presiden IUCN, Puan Yang Terutama Razan Khalifa Al Mubarak.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku turut berkenan menghadiri sesi khas mengenai Conservation Governance yang menjadi tumpuan utama Kongres tahun ini.
Ia menumpukan kepada tadbir urus dan polisi berdaya tahan yang penting dalam mencapai sasaran alam semula jadi. -KESULTANAN PAHANG