KUANTAN, 11 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Pelancaran Residensi D’Marina Fasa 2B di sini, hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 3 petang disambut Dato’ Sri Tan Sri (Dr.) Mohamed Norza Zakaria, Pengerusi Eksekutif merangkap Presiden Citaglobal Berhad dan YB Dato’ Mohamad Nizar Bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains dan Inovasi Negeri Pahang.
Paduka Baginda turut berkenan menyempurnakan gimik perasmian pembangunan kediaman mampu milik oleh PR1MA dan Citaglobal Property Development Sdn. Bhd ini.
Pada majlis sama, Paduka Baginda turut berkenan menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian antara Citaglobal Telecommunication & Prima Communications oleh Citaglobal Berhad. -KESULTANAN PAHANG