SHAH ALAM 13 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke majlis perkahwinan pacal didik YH Dato’ Zuraida binti Mokhtar dan YBhg Tuan Haji Zamil bin Zakaria di Dewan Jubli Perak di sini semalam.
Paduka Baginda berangkat tiba pada jam 8.30 malam bagi meraikan pasangan pengantin, Ahmad Zahir bin Ahmad Suhaidin dengan Miza Amani binti Zamil.
YH Dato’ Zuraida merupakan Setiausaha Kehormat Yayasan Tenun Pahang Diraja yang dinaungi Paduka Baginda. Beliau juga adalah bekas Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku turut berkenan menyantuni tetamu yang hadir dan merakam gambar kenangan bersama mereka – KESULTANAN PAHANG