CYPRUS, 18 Oktober 2025 -Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan bercemar duli berangkat ke British Forces Cyprus iaitu tempat Paduka Baginda menjalani latihan ketenteraan pada tahun 1978.
Keberangkatan penuh nostalgia itu diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan paduka anakanda YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.- KESULTANAN PAHANG