KUANTAN, 28 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 50 individu pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 KDPB Sultan Pahang yang diadakan di Istana Abdulaziz di sini hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda ke Balai Mahkota pada pukul 10.30 pagi diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mendahului senarai tujuh penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri ialah Hakim Utama Mahkamah Tinggi Kuantan, Yang Arif Dato’ Sri Mohd Radzi bin Harun diikuti Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Raja Tan Sri Dato’ Sri Arshad Al-Haj bin Raja Tun Uda; Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (Petra), Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli serta Ketua Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya Malaysia, Dato’ Sri Wira Ir. Roslan bin Ismail.
Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mahathar bin Abd Wahab; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Dato’ Sri Lee Kok Chuan serta Timbalan Pengerusi Yuwang Group, Dato’ Sri Tan Soon Chai.
Pada majlis sama, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) Yang Membawa Gelaran Dato’ Indera kepada Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang, Dato’ Indera Khairul Anuar bin Abdul Rahman.
Sementara itu, Paduka Baginda turut berkenanmengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato’ kepada sembilan orang individu iaitu Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh, Yang Arif Dato’ Julia binti Ibrahim; Pengerusi Children’s Protection Society Malaysia (KL Branch) Yang Mulia Dato’ Tengku Asra Jehan Juzailah binti Tengku Azlan; Pengarah Dan Ketua Penasihat Eksekutif Kotak Global Sdn Bhd, Dato’ Tariq Ismail bin Mustafa; Ketua Pegawai Eksekutif The Daily Broth Sdn Bhd, Yang Mulia Tengku Dato’ Arif Asaad bin Tengku Azman serta Pengarah Perisikan Strategik Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO), Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Fauzi bin Abdul Majid.
Pada istiadat berkenaan, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan menganugerahkan darjah kebesaran sama kepada Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Polis Dato’ Alzafny bin Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Dato’ Wira Ts. Gs. Dr. Mohamad Khairil bin Mohamad Razi; Profesor Madya Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Dato’ Dr Wan Ahmad Fauzi bin Hashim @ Wan Husain serta Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dato’ Ruziah binti Haji Shafei.
Dalam pada itu, seramai 19 orang individu dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)yang membawa gelaran Dato’ iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pertanian Malaysia (Agrobank), Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah bin Raja Hussin; Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Dato’ Badrul Hisham bin Alias; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Lokman Effendi bin Ramli; Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) JabatanPengairan dan Saliran Malaysia, Dato’ Mohd Sha’ri bin Mohammed; Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato’ Zainuddin bin Jamaluddin dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Dato’ Wandi Yadzid bin Haji Yaakob.
Turut tersenarai ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Berhad, Dato’ Fakhrunniam bin Othman; Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kemaman, Dato’ Azan bin Ismail; Duta Besar Malaysia ke Jordan dan Palestin, Tuan Yang Terutama Dato’ Mohamad Nasri bin Abdul Rahman; Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Selangor Berhad, Mejar Kehormat (PA) Dato’ Azman bin Haji Yaakob; Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan MIMOS Berhad, Dato’ Rosli bin Mohamed Yoosuf serta Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Trustees Berhad, Dato’ Nor Fazlina binti Mohd Ghouse.
Darjah Kebesaran sama turut diterima Naib Canselor Open Universiti Malaysia, Profesor Dato’ Dr Ahmad Izanee bin Awang; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah, Profesor Ts. Dato’ Dr Kamal Zuhairi bin Zamli; Perunding Pakar Bedah Urologi Kuantan Medical Centre, Dato’ Dr. Abdul Aziz bin Awang; Penggiat Seni, Dato’ Abdul Razak bin Ahmad; Pengarah Urusan Paradigm Energy Sdn Bhd, Dato Naim bin Arshad; Pengarang Berita Kanan, Berita Harian dan juga Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA), Dato’ Sarihah binti Mohd Ali serta Pengarah Eksekutif Vestland Berhad, Dato’ Wong Sai Kit.
Sementara itu, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dengan limpah perkenan dan sukacitanya turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Ketiga Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada duaindividu iaitu Ketua Polis Jajahan Pasir Mas, Asisten Komisioner Polis Mazlan bin Hassan dan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang, Asisten Komisioner Polis Mohd Fakhrurazie bin Che Sulaiman.
Sementara itu dua individu iaitu Asisten Komisioner Polis Paul Henry A/L Mewar Singh dan Puan Fauziah binti Abd Wahab dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Ketiga Setia Mahkota Pahang (SMP).
Bagi Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Keempat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), seramai enam orang penerima iaitu Leftenan Kolonel Mohd Zuraidi bin Zainal Abidin; Leftenan Kolonel Mohd Merican bin Haji Yunus; Leftenan Kolonel Yusrizam bin Yunus; Encik Izzuddin bin Dato’ Haji Abd Mutalib Al-Fakwie; Cik Wan Faizatul Afzan binti Ismayatim serta Cik Nur Aida binti Arifin.
Sementara itu Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia -Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (AMP) dikurniakan kepada Encik Noorhakimin bin Brahim.
Dalam pada itu Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) kepada tiga individu iaitu Sub Inspektor (B) Mansor bin Talib; Puan Zuhafizah binti Farook dan Puan Siti Nuraqilah binti Norlizan. –KESULTANAN PAHANG






