Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menziarahi Mejar Zawir bin Mahamud di Hospital Tengku Ampuan Afzan hari ini.
Mejar Zawir bin Mahamud merupakan seorang pegawai TUDM yang terlibat bagi Demonstrasi bagi Majlis Penutup Kursus Asas PASKAU Siri 32/25 di Pantai Hiburan Rompin pada 26 Oktober 2025.
Dalam raptai majlis tersebut, beliau telah dilaporkan kemalangan secara _hard landing_ semasa membuat aksi penerjunan _free fall_. Beliau mengalami kecederaan di kepala dan patah tulang di bahagian kaki.
Selanjutnya Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku juga telah menyantuni para pesakit yang berada di sekitar wad sebelum berangkat pulang.
Turut hadir menyambut keberangkatan Baginda ialah Brigedier Jeneral Ahmad Edros bin Ahmad Osman, Komandan Pangkalan Udara Kuantan, Dr Mohd Fariq bin Miswan, Timbalan Pengarah Perubatan 2 HTAA dan Encik Boniface Anak Nyirob Timbalan Pengarah Pengurusan.- KESULTANAN PAHANG






