Pertemuan kali pertama ketika Kembara Kenali Borneo pada 2023 berjaya meruntun hati Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj terhadap seorang kanak-kanak perempuan, Missclyen anak Roland yang menghidap penyakit Hypertrichosis atau Sindrom Werewolf.
Dengan penuh rasa kasih dan prihatin, anak kecil dari Bintulu yang dilahirkan berbulu lebat hampir di sebahagian besar muka dan berbulu halus hampir seluruh tubuh serta dilahirkan tanpa lubang hidung ini telah diambil sebagai anak angkat sekaligus menjamin perubatan dan persekolahannya.
Hari ini, dalam lawatan selama empat hari ke bumi Kenyalang ini, wajah gembira Paduka Baginda berdua terukir apabila kembali bertemu Missclyen dan keluarga yang datang ke sebuah kafe Commons The Old Court House, Jalan Tun Haji Openg di sini hari ini. – KESULTANAN PAHANG








