KUALA LUMPUR, 26 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Abdullah Bin Zubair TUDM, Sungai Besi di sini hari ini.
Solat Jumaat diimamkan oleh Mohd Azam bin Md Isa.
Usai solat, Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan kurniaan peribadi serta menyantuni orang ramai di masjid berkenaan. – KESULTANAN PAHANG






