TEMERLOH 2 Januari 2026 – Masakan kampung menjadi pilihan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sebagai santapan tengah hari selepas menunaikan solat Jumaat di daerah ini hari ini.
Ikan patin masak tempoyak, masak lemak kulat sisir, sambal perut terung asam, kerabu pucuk paku dan udang galah lemak menjadi pilihan Paduka Baginda ketika berkenan bercemar duli berangkat ke Restoran Shah Patin Tempoyak di sini.
Paduka Baginda turut berkenan menyantuni pengusaha restoran berkenaan, Mohd Shahrizan Shamsuddin dan keluarga serta para pengunjung terutama kanak-kanak di situ. – KESULTANAN PAHANG










