KUANTAN, 26 Januari 2026 – “Saya rasa seperti mimpi apabila rakan sekelas saya adalah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang”.
Demikian luah Amirah Husna Mohd Nazri, 27, pelajar sarjana daripada International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang turut serta sempena Lawatan Sambil Belajar di Muzium Pahang kelmarin.
Amirah memaklumkan bahawa dia cukup teruja dan gembira apabila Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku sudi berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai sejarah Kesultanan Pahang.
“Alhamdulilah, saya bersyukur sangat dan ini akan menjadi kenangan terindah yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
“Junjung Kasih Tuanku kerana berkenan membawa kami ke Muzium Pahang dan Istana Abdulaziz. Satu pengalaman yang cukup bermakna dan tidak akan diperoleh di mana-mana,” katanya. – KESULTANAN PAHANG






