KUALA LUMPUR, 22 November 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang bersama-sama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Perkahwinan pacal didik Dato’ Sri Dr Zulkharnain Ismail dan Datin Sri Dato’ Dr Noraini Binti Abdul Jalil di St. Regis Hotel di sini semalam.
Dato’ Sri Dr Zulkharnain adalah doktor peribadi Paduka Baginda dan keluarga.
Keberangkatan Paduka Baginda dan keluarga bagi meraikan pasangan mempelai, Dr Emil Nabil Qays dan YM Tunku Elsa Binti Tunku Karldej.
Paduka Baginda berkenan merenjis pasangan pengantin, beramah mesra dan bergambar kenangan bersama pasangan pengantin, ahli keluarga serta menyantuni para tetamu yang hadir – KESULTANAN PAHANG





