KUANTAN, 30 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, YB Dato’ Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi di Istana Abdulaziz di sini hari ini.
Kebawah Duli Paduka Baginda meluangkan masa hampir 30minit bagi membincangkan beberapa perkara penting terutama demi kemakmuran dan kemajuan Negeri Pahang Darul Makmur. – KESULTANAN PAHANG








