KUALA LUMPUR,1 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke pertunjukan fesyen Aura Syawal 2026 Radzuan Radziwill, di sini semalam.
Acara berkenaan turut menyaksikan keberangkatan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang berkenan melihat peragaan koleksi terbaru oleh pereka tersohor, Radzuan Radzwill bersempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Lebih 60 koleksi pakaian dipamerkan dalam pertunjukan fesyen yang diberi nama koleksi lebaran ‘Aura Aidilfitri – A Couture Reverie’ oleh Datuk Radzuan Radziwill. -KESULTANAN PAHANG







