KUALA LUMPUR, 10 Februari 2026- YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja(MRR) Kali Ke-271 di Istana Negara di sini hari ini.
Kehadiran YAM Tengku Arif Bendahara ke mesyuarat berkenaan adalah selaku wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.
MRR ke-271 yang bermula esok selama dua hari hari akan dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.-KESULTANAN PAHANG







