PULAU TIOMAN 18 FEBRUARI 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat tarawih di Masjid Jamek Kampung Tekek, Pulau Tioman di sini malam tadi.
Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku turut berkenan menyantuni dan menyampaikan kurniaan kepada pengerusi masjid dan jemaah yang hadir. -KESULTANAN PAHANG








