KUANTAN 3 Mac 2026- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat mempengerusikan Persidangan Touch Group di Hyatt Regency, di sini hari ini.
Berangkat sama ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Pengarah Kumpulan Touch Group Holdings Sdn Bhd.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku meluangkan masa hampir dua jam persembahan taklimat dan membincangkan pelbagai perkara berkaitan Touch Group termasuk berkenaan anak syarikat seperti Touch Group Holdings Sdn Bhd, Tidal Holdings Sdn Bhd, EPOMS Group Sdn Bhd dan Ivory Task Holdings Sdn Bhd.
Hadir sama, YM Raja Dato’ Sri Mufik Affandi bin Raja Khalid, Pengerusi Kumpulan; YM Raja Dato’ Idris Raja bin Halid, Pengarah Urusan Kumpulan; Ahli Lembaga Pengarah dan para pegawai atasan. – KESULTANAN PAHANG








