KUALA LUMPUR, 4 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Iftar Al-Jamaie di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Gombak, di sini hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan disambut Presiden UIAM, Tan Sri Abdul Rashid Hussain serta Rektor UIAM Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar.
Pada majlis berkenaan Pasuka Baginda berkenan menyaksikan penyerahan replika cek cura sebagai simbolik sumbangan Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Tabung Haji (LTH) kepada UIAM melaui Tabung Endowmen UIAM (IEF) yang akan disalurkan kepada pelajar-pelajar UIAM yang memerlukan bantuan sepanjang pengajian.
Lembaga Zakat Selangor menyumbang wang agihan semula sebanyak RM 2.8 juta ringgit yang disampaikan oleh Ketua Divisyen Kutipan, Muhd Fikri Naim Harun, manakala Lembaga Tabung Haji menyumbang wang zakat korporat sebanyak RM450,000 dan disampaikan oleh Ketua Bahagian Syariah Kumpulan, Ustaz Imran Mohammad Khayat.
Sementara itu pada majlis sama, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku turut berkenan menyampaikan kurniaan peribadi kepada 16 orang pelajar UIAM sebagai tanda keprihatinan Paduka Baginda terhadap kebajikan mereka. – KESULTANAN PAHANG






