PEKAN, 17 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat mengurniakan Bantuan Aidilfitri kepada 143 asnaf yang merupakan penduduk di Tanah Kesultanan dalam satu majlis di Dewan Utama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini hari ini.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku kemudiannya turut berkenan berangkat menyerahkan rumah baharu kepada empat buah keluarga dari Tanah Kesultanan di Kampung Permatang Pauh di sini.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku turut bertitah agar semua penduduk di Tanah Kesultanan terus menjaga kebersihan, keindahan kawasan rumah dan saling merhormati antara satu sama lain serta tidak melakukan perkara yang dilarang agama dan undang-undang negara. – KESULTANAN PAHANG







