KUANTAN, 2 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke majlis perkahwinan pacal didik YH Dato’ Mohammad Sohaimi Bin Abdul Hamid dan YBHG Datin Aisyah Binti Abdullah di Awangan Palace di sini hari ini.
Paduka Baginda berdua berangkat meraikan pasangan pengantin, Mohamad Aiman Hafez bin Rosman dan Cik Hafizah binti Dato’ Mohammad Sohaimi.
Paduka Baginda berdua turut berkenan bergambar kenangan bersama pasangan pengantin dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
Keberangkatan Paduka Baginda berdua bukan sahaja memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut malah meninggalkan seribu kenangan manis kepada semua tetamu yang hadir. – KESULTANAN PAHANG







