KUALA LUMPUR, 13 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke Mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan Kali Ke-2/2026 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, di sini hari ini.
Kebawah Duli Paduka Baginda merupakan Penaung dan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pahang.
Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Dato’ Sri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail serta Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Dato’ Yeoh Soo Keng.
Mesyuarat berkenaan diadakan bagi membincangkan pelbagai agenda berkaitan perkembangan serta hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia dalam memperkasa peranan dan pembangunan ahli di seluruh negara. – KESULTANAN PAHANG







