BATU CAVES, 27 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Perkahwinan pacal didik Puan Saadiah Mohammad Mahardin dan Encik Alias Abdullah di D’Intan Grand Ballroom, Selayang Capitol di sini semalam.
Keberangkatan Paduka Baginda adalah bagi meraikan pasangan mempelai, Mohammad Khusairi Alias dan Nur Aishah Hayaty Mohammad.
Puan Saadiah merupakan staf di Istana Negara ketika Paduka Baginda menaiki tahta sebagai Raja Permaisuri Agong pada 31 Januari 2019 hingga 30 Januari 2024.
Paduka Baginda turut berkenan beramah mesra, bergambar kenangan bersama pasangan pengantin dan ahli keluarga, selain menyantuni para tetamu yang hadir memeriahkan majlis.- KESULTANAN PAHANG







