Di sebalik kemeriahan sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, terselit satu detik yang cukup istimewa apabila paduka cucunda membuat kejutan dengan kek-kek comel buat Paduka Baginda sebaik sahaja selesai solat Jumaat hari ini.
Kejutan yang sederhana ini bukan sekadar sambutan ulang tahun, bahkan menjadi lambang penghargaan, kasih sayang dan doa daripada paduka cucunda kepada paduka nenda yang amat disayangi.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan dalam pemerintahan serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya.- KESULTANAN PAHANG
DAULAT TUANKU






