KUANTAN 30 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Temasya Warisan Pahang 2026 anjuran Yayasan Tenun Pahang Diraja yang bermula semalam di Muzium Seni Kontemporari (MoCA) di sini.
Turut berangkat ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.
Keberangkatan Paduka Baginda dengan diiringi Kerabat Diraja Pahang jelas memberi inspirasi dan semangat kepada para usahawan kraf dalam mengangkat seni warisan agar terus segar sepanjang zaman.
Temasya Warisan Pahang 2026 menyediakan pameran dan jualan pelbagai produk kraf seperti kayu, tenun, batik, logam, seramik, anyaman rotan, mengkuang, serta barangan daripada Jabatan Penjara Malaysia.
Pengunjung boleh menyertai bengkel dan menyaksikan demonstrasi kraf serta masakan tradisional dari 11 daerah di Pahang, termasuk demonstrasi memasak sendiri oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang serta agihan bubur lambuk resepi istimewa istana pada 3 September di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1.
Pasar kreatif “Pasar Sera” tayangan Wayang Pacak pada 30 Ogos hingga 2 September 2026) pada pukul 9.00 malam dan Dialog Khas “Warisan dan Kemerdekaan” (31 Ogos).
Kemuncak Temasya Warisan Pahang 2026 ini ialah pada 5 September 2026 diadakan Majlis Jamuan Diraja dan Penyampaian Hadiah Piala Tunku Azizah bagi Pertandingan Tenun Pahang Diraja pada pukul 8.30 malam. – KESULTANAN PAHANG








