CAMERON HIGHLANDS, 8 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Diraja sempena Persidangan Speaker Parlimen dan Dun Se-Malaysia 2026 di Hotel Zenith Cameroh Highlands.
Ketibaan Paduka Baginda berdua disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed; Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali Basah serta Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul.
Pada majlis berkenaan Paduka Baginda berdua turut berkenan menyaksikan montaj dokumentasi pendek Persidangan Speaker-Speaker Parlimen Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2026 serta persembahan kebudayaan dan kesenian yang disajikan. – KESULTANAN PAHANG







