KUANTAN, 16 November 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Pengurniaan Rumah Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA), hari ini.
Turut hadir mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku ialah YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada jam 3.25 petang disambut oleh
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff.
Pada majlis berkenaan, Paduka Baginda berkenan menyempurnakan pengurniaan kunci rumah kepada seramai 16 orang penerima bagi lima buah daerah melibatkan Kuantan, Pekan, Maran, Raub dan Rompin. – KESULTANAN PAHANG






