KUANTAN, 10 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan selamat hari lahir yang ke-100 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada hari ini.
Ucapan sama dizahirkan kepada Tun Dr Hasmah Mohamad Ali yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-99 pada 12 Julai ini.
Paduka Baginda berdua menzahirkan doa agar kedua-duanya dikurniakan keberkatan usia, kesihatan yang baik, serta ketenangan di samping kasih sayang keluarga yang berpanjangan.
Semoga hari yang penuh bermakna ini membawa kegembiraan dan kebahagiaan buat Tun dan keluarga. -KESULTANAN PAHANG







