Demikian titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika menerima kejutan Ulang Tahun Hari Keputeraan daripada pegawai dan kakitangan istana di Balai Bendahara, Istana Abdulaziz di sini hari ini.
Paduka Baginda berdua tidak menyangka hampir semua staf istana berkumpul untuk meraikan hari yang cukup istimewa itu termasuk mereka yang berkhidmat lebih 30 tahun.
Lebih istimewa, Paduka Baginda berdua berkenan bergambar kenang-kenangan dengan semua staff istana istana. -KESULTANAN PAHANG.








