TERENGGANU, 9 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke majlis perkahwinan pacal didik YM Tengku Dato’ Mohd Ariffin Bin Tengku Dato’ Abdul Rahman di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, hari ini.
Paduka Baginda berdua berangkat meraikan pasangan pengantin, YM Tengku Muhammad Wafiq Bin Tengku Dato Mohd Ariffin dan Nur Annis Binti Shahrum.
Keberangkatan Paduka Baginda berdua turut diiringii YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah.







Turut berangkat mengiringi ialah Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ; YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin; YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. -KESULTANAN PAHANG