Author: Kesultanan Pahang

JERANTUT 12 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah mahu tindakan tegas dikenakan kepada pihak yang sengaja membakar api kemarahan umat Islam dengan sewenang-wenangnya menghina dan mencabar kesuciannya. “Bagi mereka yang berani menghina Islam, mencabar kesuciannya dan menyemai kebencian terhadap agama Allah haruslah dikenakan tindakan yang setimpal mengikut undang-undang. “Pihak berkuasa wajib mengambil tindakan yang tegas tetapi adil, memberi pengajaran tanpa membakar emosi mana-mana pihak serta memastikan keadilan ditegakkan demi kestabilan negara tercinta,” titah Paduka Baginda. Paduka Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat memasyhurkan nama Masjid…

Read More

JERANTUT 11 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah mengingatkan umat Islam di negeri ini agar bangkit bersama-sama mempertahankan dan melindungi kesucian agama Islam agar tidak sewenang-wenangnya diperlekehkan. “Saya amat berdukacita mutakhir ini masih ada suara-suara sumbang yang meremehkan akan kesucian agama, mencabar kemuliaan Islam, seolah-olah tiada batasan dalam berbicara dan bertindak. “Adakah ini yang dikatakan sebagai sebuah negara merdeka? Atau hanya merdeka pada angka, bukan minda rakyatnya? Fikirkan bersama,” titah Paduka Baginda. Paduka Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat memasyhurkan nama Masjid Baharu Kampung Durian…

Read More

JERANTUT, 11 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menempelak pihak yang sengaja menimbulkan perbalahan sekali gus membawa perpecahan. “Berhentilah daripada menjadi ‘badut’ yang mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R) sehingga mencetuskan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat. “Biarkanlah ‘pentas’ ini terus tenang, tanpa ‘drama’ yang menyakitkan. ‘Berdialoglah: guna akal dan hati, bukan-nya ‘bermonolog’ guna nista dan benci” titah Paduka Baginda. Paduka Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat memasyhurkan nama Masjid Baharu Kampung Durian Hijau dengan nama Masjid Abdulrrahman Ibn Auf, Kampung Durian Hijau. Keberangkatan Paduka Baginda…

Read More

KUANTAN 10 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Berbuka Puasa UIAM yang berlangsung di Dewan Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan. Keberangkatan Paduka Baginda yang juga Ketua Perlembagaan UIAM diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku…

Read More

KUANTAN 9 Mac 2025 -Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli memasak bubur lambuk Pahang khas untuk juadah berbuka puasa bagi penghuni Penjara Penor di sini hari ini. Turut mengiring ialah YAM Tengku Puteri Raja Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Paduka Baginda dibantu kira-kira 50 prospek yang mula memasak sejak pukul 7.30 pagi itu berjaya menyiapkan kira-kira 2,000 bekas. Selepas siap memasak pada pukul 1 petang, Paduka Baginda sendiri mengagihkan kepada sebahagian prospek dengan dibantu oleh YAM Tengku Puteri Ilisha. Untuk…

Read More

MARAN 8 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang 2025 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini. Paduka Baginda yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang turut berkenan mengurniakan Anugerah Pandu Puteri sebanyak enam kategori iaitu Anugerah Tangkai Padi, Pingat Jasa Lama 5 Tahun, Pingat Jasa Lama 10 Tahun, Mutiara ii, Mutiara iii dan Pingat Terima Kasih kepada semua penerima. -KESULTANAN PAHANG

Read More

TEMERLOH, 7 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan memasyurkan Masjid Baharu Kampung Teluk Ira dengan nama Masjid Saidina Umar Al-Khattab. Keberangkatan Paduka Baginda ke masjid berkenaan diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiringi YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah…

Read More

TEMERLOH 8 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di semalam. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dan Mufti Pahang, Prof. Dato’ Dr. Asmadi bin Mohamed Naim. Solat Jumaat diimamkan oleh Ahmad Hakim Bin Shamsuddin. Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi kepada pihak pengurusan masjid dan kanak-kanak selepas menunaikan solat Jumaat. – KESULTANAN PAHANG.

Read More

KUANTAN, 7 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih berjemaah di Masjid Imam As-Shafie, Kotasas di sini semalam. Turut mengiringi YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama isteri YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan danYAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. – KESULTANAN PAHANG

Read More

Meskipun Ramadan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah tetap meneruskan rutin harian sama seperti kebiasaan. Jika sebelum ini Paduka Baginda melakukan aktiviti riadah dengan bermain golf, polo, berbasikal dan berkayak lain pula kali ini dalam keadaan berpuasa. Paduka Baginda memilih untuk berjalan ke Bazar Ramadan di Tasek Kotasas yang berjarak empat kilometer dari singgahsana Paduka Baginda. Sambil memilih juadah untuk berbuka puasa, Paduka Baginda turut berkenan menyantuni para peniaga dan pengunjung. Kanak-kanak juga turut menerima kurniaan daripada Paduka Baginda. Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral…

Read More