Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN, 9 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menyertai Kelas Mengaji al-Quran dan Daurah Jawi bersama-sama pegawai dan kakitangan di Istana Abdulaziz di sini hari ini. Kelas al-Quran dikendalikan oleh Pegawai Agama Istana, Leftenan Kolonel Anuar Mohd Ehwal yang memfokuskan kepada bacaan Hukum Ikhfak Haqiqi. Manakala Daurah Jawi dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Baitulmal dan Operasi) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dr. Asmadi Abdul Rahman yang fokus kepada ejaan kata Melayu Jati menggunakan ejaan Jawi. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 9 JUN 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga kesemua mangsa nahas kemalangan jalan raya membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi. Paduka Baginda berdua amat dukacita atas pemergian kesemua mangsa dalam kemalangan tragis berkenaan dan mendoakan agar roh kesemua mereka dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang…

Read More

KUANTAN, 7 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda berdua pada pukul 8.30 pagi diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

Read More

KUANTAN, 6 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H kepada seluruh rakyat negeri Pahang Darul Makmur dan umat Islam sekalian. Aidiladha mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang tinggi kepada Allah SWT. Semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S dan anakandanya Nabi Ismail A.S wajar menjadi pedoman kepada kita semua dalam menempuh dugaan serta mengutamakan kebajikan ummah.…

Read More

PEKAN, 6 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Serah Terima Tugas Jawatan Pengelola Bijaya Diraja KDPB Sultan Pahang di pejabat Majlis Kesultanan Pahang di sini hari ini. Penyerahan tugas dilakukan oleh Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Abd Rahman kepada Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Dato’ Haji Yahya TUDM yang juga merupakan Pengelola Bijaya Diraja Utama KDPB Sultan Pahang. Pada majlis berkenaan, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bertitah menzahirkan ucapan penghargaan kepada Dato’ Haji Ahmad Khirrizal di atas…

Read More

LIPIS, 3 Jun 2025 – Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini hadir menyantuni mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Kelapa, di sini. Kehadiran YAM Tengku Panglima Perang adalah selaku wakil Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah untuk menziarahi serta menyampaikan bantuan bersama Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA). Ketibaan YAM Tengku Panglima Perang disambut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan yang juga ADUN Benta, YB Dato’ Sri Ir.Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Haji Abd.Razak…

Read More

KUANTAN, 3 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli menyertai Kejohanan Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2025 di Mahkota Golf and Country Club (MGCC) di sini, kelmarin. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Arif Bendaharan Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Seramai 136 pemain, pelbagai latar belakang menyertai Kejohanan Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2025 sempena…

Read More

KUALA LUMPUR, 1 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Istiadat Persandingan YM Raja Sarina Intan Bahiyah dan Encik Muhammad Firdaus di Hotel Majestic di sini semalam. Turut berangkat, YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Cik Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah bersama suami, Yang Hormat FD Idzham bin FD Iskandar dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja…

Read More

KUANTAN, 1 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ke-67. Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa bangga dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga TUDM, baik yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara, atas dedikasi, keberanian dan semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara tercinta. Penghormatan yang setinggi-tingginya turut dizahirkan kepada…

Read More

KEPRIHATINAN Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang terserlah apabila Paduka Baginda sanggup turun dari kenderaan untuk membantu mangsa kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari bermain padel di sebuah hotel di Kuantan, Pahang pada Sabtu, 31 Mei 2025. Ketika melalui Jalan Teluk Sisek pada pukul 6.55 petang kebetulan berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta sehingga menyebabkan penunggang motosikal, Hadzirul Zazlin Bin Mahadzir, 27, terbaring kesakitan dengan kecederaan kaki dan tangan. Tanpa berlengah, Paduka Baginda segera menenangkan mangsa dengan menitipkan nasihat dan meminta pengawal pengiring menghubungi ambulans. “Bersabar, Istighfar banyak-banyak dan ingat Allah,” demikian titah Paduka Baginda agar mangsa…

Read More