Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN, 17 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ke negeri Pahang hari ini. Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor ke negeri ini merupakan lawatan bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor selama tiga hari. Turut berangkat mengiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku ialah YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni…

Read More

PEKAN, 17 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli bersama-sama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajah Norashikin ke Pekan, Bandar Diraja hari ini. Paduka Baginda berdua berkenan berangkat bersama-sama DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor melawat Muzium Sultan Abu…

Read More

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke majlis perkahwinan pacal didik Prof. Dato’ Sri Dr. Mohamed Ezani Md Taib dan Datin Sri Dr. Rayslida Tan Sri Mohd Rashdan di sebuah hotel di sini semalam. Paduka Baginda berdua berangkat tiba pada jam 8.15 malam meraikan pasangn pengantin, Esyraq Prof Dato’ Sri Dr Mohamed Ezani dan Yasmin Nadiah Dato Sri Khairusalleh. Hadir…

Read More

KUANTAN, 16 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajah Norashikin ke negeri Pahang hari ini. Keberangkatan Duli-Duli Tuanku ke negeri Pahang merupakan lawatan rasmi selama tiga hari bermula esok. Turut mengiring menyambut keberangkatan Duli-Duli Tuanku ialah YAB Menteri Besar Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Haji Wan Ismail; YAM Tengku Panglima…

Read More

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli ke majlis perkahwinan pacal didik Encik Jufri Ahmad dan Puan Syarifah Aszahida di Jiwa Damansara di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda turut diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Paduka Baginda berangkat tiba pada jam 12.30 tengahari meraikan pasangn pengantin, Zarul Iskandar bin Zamzuri dan Nur…

Read More

KUANTAN, 16 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap Presiden Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi bin Haji Abdul Hamid di Istana Abdulaziz di sini hari ini. Dalam sesi mengadap tersebut, perbincangan menumpukan kepada hala tuju pembangunan belia khususnya di negeri Pahang. Antaranya ialah usaha memperkasakan kepimpinan belia, peluang ekonomi, keusahawanan dan peranan belia dalam pembangunan komuniti serta negara. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 16 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Almarhumah Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Tunku Sakinah binti Almarhum Sultan Badlishah, hari ini. Almarhumah merupakan kekanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah itu mangkat pada pukul 6.35 pagi tadi di Villa Seri Tunku, Alor Setar, Kedah. Paduka Baginda berdua berdoa agar seluruh…

Read More

MARAN, 16 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Pengurniaan Mangsa-Mangsa Ribut Daerah Maran di Dewan Akademi Usahawan Tani di sini semalam. Seramai 96 ketua keluarga menerima sumbangan masing-masing.-KESULTANAN PAHANG ——-

Read More

MARAN, 15 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat bersama jemaah setempat di Masjid Assyakirin di sini hari ini. Turut hadir mengiring ialah YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan; Ahli Parlimen Maran, YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Mutallib Ahli Parlimen Maran; Sahibul Fadhilah Timbalan Mufti Negeri Pahang, YH Dato’ Badlishah Bin Alauddin dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH Dato’ Haji Abdul Zaki Bin Md Zain.…

Read More

PULAU TIOMAN 15 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Tekek di sini hari ini. Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Paduka Baginda turut berkenan menyantuni dan menyampaikan kurniaan kepada pengerusi masjid dan jemaah di situ. -KESULTANAN PAHANG

Read More