Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN, 23 Februari 2026 – Istana Pahang kembali mengesan penularan video palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang memaparkan wajah menyerupai Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah. Beberapa klip video palsu giat disebarkan melalui akaun Facebook ‘bantuan keuangan kerajaan’ kononnya berkenaan tawaran bantuan kepada rakyat. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan, tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam video tersebut serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menerima kandungan mencurigakan. Istana Pahang ingin menegaskan bahawa video tersebut adalah tidak benar dan tidak…

Read More

KUANTAN, 23 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan nasihat agar setiap pembayaran Zakat Fitrah dilakukan melalui amil bertauliah oleh pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sahaja. Orang ramai boleh membayar zakat melalui saluran rasmi yang disediakan oleh Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang selaku agensi yang menguruskan kutipan zakat di seluruh negeri ini. “Saya ingin menasihatkan agar pembayaran Zakat Fitrah hanya dilaksanakan melalui amil yang telah ditauliahkan dan dilantik oleh pihak majlis bagi memastikan urusan kutipan berjalan dengan teratur, sah serta…

Read More

KUANTAN, 23 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini hari ini. Solat Subuh diimamkan oleh Mohd Afdhal bin Abdul Hamid. Paduka Baginda berdua kemudian mengikuti kelas mengaji al-Quran dan terjemahan Surah Yunus ayat 89- 97.- KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 22 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat tarawih di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota di sini malam ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.- KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN 22 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Program Memasak Bubur Lambuk Untuk Penghuni Penjara Penor di sini hari ini. Turut berangkat ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Program tahunan anjuran KDPB Tengku Ampuan Pahang itu dizahirkan sebagai tanda kasihnya Paduka Baginda kepada golongan di sebalik tirai besi agar…

Read More

KUANTAN, 22 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menziarahi mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Padang dan Taman Sungai Isap Murni, di sini hari ini. Dalam kejadian kebakaran baru-baru ini, sebanyak enam buah rumah terlibat iaitu tiga buah rumah di Kampung Padang dan tiga lagi di Taman Sungai Isap Murni. Sejurus tiba pada jam 11.00 pagi, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku berkenan mendengar persembahan taklimat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) berkenaan tragedi yang berlaku. Prihatin dengan nasib mangsa kebakaran, Kebawah Duli…

Read More

KUANTAN, 21 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan rasa dukacita dan simpati yang amat mendalam atas pemergian seorang anggota tentera yang meninggal dunia semalam. Mangsa, Truper K. Indiran, 22, yang sedang mengikuti kursus di Rejimen Pertama, Kor Armor Diraja, Kem Batu 10, di sini, dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Menurut laporan, mendiang ditemukan tidak sedarkan diri pada Rabu lalu…

Read More

ROMPIN 20 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah mengingatkan umat Islam bahawa masjid bukan sekadar mercu tanda keindahan seni bina yang megah pada pandangan mata tetapi jauh lebih daripada itu, ia adalah jantung kehidupan ummah dan medan penyatuan hati-hati yang beriman. “Justeru, saya menyeru kepada seluruh kariah agar menjadikan masjid ini sebagai pusat aktiviti masyarakat yang hidup, subur dan berdaya saing. Imarahkanlah dengan solat berjemaah yang istiqamah, majlis-majlis ilmu yang menyuburkan akal dan jiwa, serta aktiviti kebajikan yang mengeratkan ukhwah sesama kita. “Janganlah kita biarkan…

Read More

ROMPIN 20 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Kampung Teluk Gading di sini dengan nama Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Kampung Teluk Gading. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sementara itu, menerusi titah perasmian Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku menyeru…

Read More

ROMPIN 20 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Pantai Bernas di sini hari ini. Turut berangkat, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. Solat Jumaat dipimpin oleh Kadi Muadzam Shah, Al-Fadhil Ustaz Mohd Farik bin Jamaluddin. Khutbah Jumaat membincangkan tentang kemuliaan bulan Ramadan dan menyeru agar umat Islam terus meningkatkan ketakwaan dan perbanyakan amalan kebaikan terutama membela nasib golongan fakir dan miskin. Dengan berpuasa, merasai lapar dan dahaga sepatutnya…

Read More